Posts

SIAKAP LUMUT

Image
Assalamualaikum, entri pertama ni saya nak share sikit pengalaman memancing siakap muara di lumut perak(berdekatan dengan jambatan bainun ). Siakap atau barramundi(bahasa saintifik tak tau, malas nak google) kebiasaanya berada di muara-muara sungai dan di pesisiran pantai yang berbatu, ikan siakap ini merupakan  spesis pemangsa di mana ia memakan anak ikan,udang dan pelbagai hidupan kecil sebagai diet pemakanannya. Siakap menjadi kegilaan kaki pancing disebabkan tarikkan dia yang mantop dan aksi akrobatiknya tu yang membuatkan adrenalin seorang pemancing tu naik ke tahap maksima. Selain itu,siakap ini juga mempunyai rasa isi yang manis walaupun goreng kunyit je.  Pemulaan saya memancing ikan siakap ni apabila saya telah di'racun' oleh abang ipar saya, bermula dari situ ikan siakap ini telah menjadi salah satu ikan target apabila menjejakkan kaki di jambatan bainun. Saya selalu memancing di kawasan chalet yang berdekatan Kg Baru kerana di situ segala kemudahan telah diberikan