SIAKAP LUMUT

Assalamualaikum, entri pertama ni saya nak share sikit pengalaman memancing siakap muara di lumut perak(berdekatan dengan jambatan bainun). Siakap atau barramundi(bahasa saintifik tak tau, malas nak google) kebiasaanya berada di muara-muara sungai dan di pesisiran pantai yang berbatu, ikan siakap ini merupakan  spesis pemangsa di mana ia memakan anak ikan,udang dan pelbagai hidupan kecil sebagai diet pemakanannya. Siakap menjadi kegilaan kaki pancing disebabkan tarikkan dia yang mantop dan aksi akrobatiknya tu yang membuatkan adrenalin seorang pemancing tu naik ke tahap maksima. Selain itu,siakap ini juga mempunyai rasa isi yang manis walaupun goreng kunyit je. 

Pemulaan saya memancing ikan siakap ni apabila saya telah di'racun' oleh abang ipar saya, bermula dari situ ikan siakap ini telah menjadi salah satu ikan target apabila menjejakkan kaki di jambatan bainun. Saya selalu memancing di kawasan chalet yang berdekatan Kg Baru kerana di situ segala kemudahan telah diberikan oleh pihak chalet dan amat selesa jika ada yang berhajat untuk membawa family dan sebagainya. Selain itu,kawasan berdekatan mempunyai kedai makan dan kedai runcit yang mudah untuk diakses dan tak lupa juga di situ ada sebuah kedai pancing yang menjual pelbagai peralatan serta umpan hidup.


Umpan

Lazimnya diet pemakanan siakap ni ada bermacam jenis antaranya ialah udang hidup dan anak ikan cth:ikan belanak,bolos,ikan belacak(tempat saya selalu mancing guna ikan ini je tapi nasib jugak la)

                                                                         Udang Hidup




                                                                        Ikan Belacak



                                                                         
                                                                           Ikan Bolos

                                                                            Ikan Belanak

                                                                               


TEKNIK DAN PERAMBUT

Antara cara pancingan yang boleh dibuat ialah dengan memancing 'bottom' dan 'casting', selalunya saya menggunakan kaedah pancingan bottom. Cara membuat perambut untuk ikan siakap ni tak sukar mana cuma memerlukan ikatan dan teknik yang betul, selalunya jika saya memancing siakap lazimnya saya menggunakan leader yang berkekuatan 40lb dan keatas kerana cara pergelutan siakap untuk memutuskan tali ni agak ganas iaitu menggunakan pipinya yang keras dan tajam untuk memutuskan tali, jadi penggunaan leader yang besar amat efisien bagi mengelakkan kejadian putus tali(boleh mengalir air mata oo ikan terlepas). Selain itu, penggunaan batu ladung juga amat dititikberakan agar umpan boleh berada di kedudukan ikan yang telah dikenalpasti, gambar dibawah adalah contoh perambut dan cara mencangkuk umpan;





                                                   Mencangkuk Udang Pada Bahagian Ekor
                           (elakkan mencangkuk pada bahagian urat udang untuk udang tahan lebih lama)




Cara Mencangkuk Ikan Hidup




Cara Ikatan Perambut Bottom
(tak perlukan manik-manik tu pun boleh,ikan hantam jugak.haha)

  





Antara Jenis Shockleader di Pasaran





WAKTU YANG SESUAI

Berkaitan waktu frenzy ikan siakap pulak dari pengalaman saya ia makan semasa air mula pasang sehingga pasang penuh dan air surut sehingga surut habis. Tetapi ade jugak kes dia makan masa air surut habis, cuma kita takleh nak jangka.



Antara gambar siakap yang berjaya dipujuk;







Spesimen Siakap(kunkap) Berat 4 kilo



Sampai sini saja entri saya kali ni, semua penulisan saya ini adalah pengalaman saya sendiri dan saya memohon maaf jika ada kekurangan pada penulisan kali ini.

Majulah Sukan Memancing untuk Negara,

Sekian,ASSALAMUALAIKUM..









































































































Comments

  1. Artikel yg sangat berguna. Boleh tuan kongsi teknik guna pelampung tak

    ReplyDelete

Post a Comment